Cari @ Amanz

Pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan namun kini ciri yang dinamakan Channel polls telah mula ditawarkan kepada pengguna terpilih untuk dicuba. Ini sekaligus menjadikan komunikasi satu hala secara umum lebih interaktif dan menarik. Pada masa sama bantu meningkatkan penglibatan pengikut masing-masing dalam memupuk interaksi yang lebih terbuka.

Melihat tangkap layar dikongsi fungsi berkenaan disediakan melalui laman utama yang kemudiannya respon daripada komuniti turut boleh dihadkan menjadi satu pilihan sahaja. Setiap undian juga dirahsiakan daripada semua termasuk pentadbir Channel dengan penggunaan nombor sebagai pengganti nama untuk melindungi hak privasi individu.

Ciri Channel polls ini juga dikatakan mempunyai lapisan keselamatan tambahan yang sudah semestinya lebih menjaga privasi pengguna. Ia bagaimanapun hanya disediakan buat pengguna WhatsApp Beta terpilih setakat ini sebelum diedarkan secara meluas dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti saluran Amanz di WhatsApp Channels.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd