Carian
Apple Akan Membuang Ciri Oksimeter Apple Watch Untuk Membolehkan Ia Dijual Di Amerika
January 16, 2024 Effi Saharudin

Apple dilaporkan akan memberikan kemas kini perisian kepada Apple Watch di Amerika Syarikat yang mematikan ciri pengesan oksigen dalam darah pada sensor oksimeter. Ini adalah bagi mengelakkan ia melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp yang menyebabkan jualan Apple Watch Series 9 dan Ultra 2 diharamkan di Amerika syarikat pada penghujung bulan lalu.

Ini didedahkan selepas Apple memfailkan rayuan supaya jualan Apple Watch boleh diteruskan selepas tamatkan tempoh rayuan dalam masa terdekat. ITC mendapati Apple melanggar paten milik Masimo yang menyebabkan pengimportan Apple Watch ke pasaran Amerika diharamkan. Apple dipercayai sedang mengubahsuai perisian untuk oksimeter dan algoritma yang digunakan bagi mengelakkan paten Masimo dilanggar.

Amerika Syarikat ialah pasaran utama untuk Apple Watch. Halangan jualan yang dikenakan oleh ITC pastinya mendatangkan impak kepada jam tangan pintar yang memegang lebih 50% pasaran pada tahun 2023.

Komen