Seperti sedia maklum, Realme akan menawarkan siri peranti baharu dinamakan sebagai Note. Biarpun mungkin masih berstatus rahsia untuk tarikh pelancaran namun peranti berkenaan telah mula diperkatakan sejak semalam. Berikutan tularnya foto yang dipercayai memaparkan nama model dan spesifikasi dalaman.
Dikenali sebagai Realme Note 1, peranti akan mempunyai skrin s OLED sebesar 6.67″ FHD dengan kadar segar semula 120Hz. Digabung juga dengan cip MediaTek Dimensity 7050 sebagai tunjang utama. Kamera utama pula sebesar 108MP + 8MP + 2MP, diikuti juga kamera swafoto 16MP. Turut akan dimuatkan pada peranti ialah bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 67W, pengimbas cap jari pada skrin dan pembesar suara stereo.
Realme Note 1 berpotensi dilancarkan pada 24 Januari 2024 yang mana hanya beberapa hari sebelum pelancaran rasmi untuk siri Realme 12 Pro. Pun begitu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.