Carian
Honor Magic V2 5G Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM6,999
January 16, 2024 Amy Maizuraa

Honor akhirnya melancarkan peranti boleh lipat baharu Magic V2 5G di Malaysia dengan harga jualan RM6,999 sebuah. Pratempah bermula hari ini dengan hadiah bernilai RM3,247 yang termasuk Honor Choice Robot Cleaner.

Panel belakang kaca – Purple & Black

Honor Magic V2 dipasarkan sebagai telefon boleh lipat paling nipis yang hanya setebal 4.7mm dan dalam kedudukan tertutup pula kira-kira 9.9mm. Dengan berat 231 gram, peranti ini amatlah mudah dibawa kemana-mana sahaja, baik untuk keperluan rutin kerja mahupun harian. Pada masa sama turut memuatkan inovasi serba canggih yang termasuk engsel titanium ringan dan ruang antenna lebih kecil.

Untuk spesifikasi, peranti dilengkapi skrin luar 6.43-inci yang diikuti skrin dalaman sebesar 7.92-inci. Skrin sepenuhnya daripada LTPO OLED yang juga menyokong 2156 X 2344 piksel untuk skrin luar dan 1060 X 2376 piksel pula pada skrin dalam. Kedua-dua belah skrin juga menyokong kadar segar semula 120Hz, pensijilan HDR10+ dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion. 

Selanjutnya cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB digunakan sebagai tunjang utama. Bateri 5,000 disertakan juga unik dalam indutri kerana sejenis silikon karbon dibangunkan Honor sendiri. Kemudian boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 66W.

Turut melengkapi peranti ialah kamera utama 50MP (lebar) + 50MP (ultra lebar) + 20MP OIS (telefoto) dengan OIS. Diikuti juga kamera swafoto 16MP pada kedua-dua belah skrin, pengimbas cap jari sisi, pembesar suara stereo, eSIM, NFC dan menjalankan MagicOS7.2 (berasaskan Android 13).

Komen