Infinix HOT 30 dan HOT 30i telah dilancarkan di Malaysia pada April tahun lalu dengan masing-masing berharga RM399 dan RM599. Ia juga sesuai dijadikan peranti kegunaan harian dan bukanlah permua sepenuhnya.
Terbaharu Infinix dilihat menyediakan pilihan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB lebih besar untuk peranti berkenaan. Bagi yang berminat, harga jualan bermula RM399 untuk HOT 30i (8/128GB), sementara itu HOT 30 (8/256GB) pula berharga RM599, namun terdapat promosi serendah RM499 ditawarkan untuk masa terhad.
Infinix HOT 30 menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.78″ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip MediaTek Helio G88, memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB digunakan untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 33W. Kamera utama pula sebesar 50MP + AI Lens, diikuti juga kamera swafoto 8MP.
Infinix HOT 30i pula dilengkapi skrin 6.6″ IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Tunjang utama dijana dengan cip Unisoc T606, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Diikuti juga bateri berkapasiti 5000mAh, bersama kamera utama 13MP + AI Lens dan swafoto 8MP.