Carian
Google Sudah Bersedia Mengilangkan Tensor Dengan TSMC
January 18, 2024 Fahim Zahar

Tahun lepas, Google dilaporkan akan melakukan perubahan besar pada cip Tensor G5 yang mungkin akan menjana Pixel X atau Pixel 10. Cip ini dikatakan akan direka oleh Google sepenuhnya dan dikilangkan oleh TSMC menggunakan rekaan 3nm, bukan lagi Samsung seperti sekarang.

Terbaru, Economic Daily melaporkan yang Google telah mula menghantar cip pemprosesan kepada KYEC – makmal menguji cip. KYEC berada di Taiwan dan menjadi wakil untuk mana-mana cip layak dikilangkan di negara ini. Google dijangka akan memulakan ujian pada pertengahan tahun ini, memberi petanda mereka sudah bersedia untuk cip generasi baharu dikilangkan oleh TSMC.

Google Tensor

Walau bagaimanapun, Google masih akan bekerjasama dengan Samsung untuk Tensor G4 pada Pixel 9 menggunakan teknologi 4nm kerana Google terlepas fasa percubaan pengilangan tahun 2023. Kita mungkin hanya akan menerima maklumat lebih jelas pada tahun 2025 kelak, sama-sama kita nantikan.

Komen