Carian
Netflix Tidak Membangunkan Aplikasi Khusus Apple Vision Pro – Minta Pengguna Menggunakan Versi Web
January 18, 2024 Aman

Apple pada minggu ini telah mengacah sejumlah kandungan dan aplikasi yang akan disokong pada set kepala mereka, Apple Vision Pro. Namun, salah satu aplikasi yang digunakan ramai yang tidak diumumkan bersama adalah Netflix.

Bercakap mengenainya kepada Bloomberg, Netflix menyatakan mereka tiada perancangan untuk menawarkan aplikasi khusus bagi pengguna Apple Vision Pro buat masa ini. Pada masa yang sama juga, Netflix turut tidak akan membenarkan pengguna menjalankan aplikasi versi iPad pada Apple Vision Pro.

Sebagai alternatif, pengguna boleh mengakses Netflix pada Apple Vision Pro melalui pelayar web Safari – dan menonton kandungan melaluinya.

Ia tidak diketahui mengapakah Netflix memilih untuk tidak menyertai penawaran khusus. Mungkinkah pasaran untuk set kepala adalah terlalu kecil? Sebelum ini, Netflix sedia menyediakan aplikasi khusus untuk Oculus melalui Meta Quest Store – dan seperti tidak mengemaskininya untuk tempoh yang lama.

Komen