Carian
Call Assist Pada Siri Samsung Galaxy S24 Akan Menyokong Bahasa Malaysia Tidak Lama Lagi
January 19, 2024 Effi Saharudin

Ciri Call Assist dan Live Translate pada siri Samsung Galaxy S24 adalah antara yang paling menakjubkan pada peranti yang baru dilancarkan semalam. Panggilan telefon boleh dialih bahasa dalam masa nyata dan peranti juga boleh dijadikan alat alih bahasa dua hala apabila pergi ke luar negara tanpa memerlukan internet. Tetapi pada waktu ini kedua-dua ciri ini masih belum menyokong Bahasa Malaysia.

Dalam temubual kami bersama YJ Kim Ketua Pasukan AI di perniagaan peranti mudah alih Samsung pagi ini, beliau mengesahkan sokongan untuk Bahasa Malaysia dan Indonesia akan diberikan dalam masa terdekat. Beliau tidak memberikan tarikh muktamad tetapi sekadar mengatakan penantian untuk sokongan dua bahasa ini adalah tidak terlalu lama.

Beliau turut berkata hanya 13 bahasa disokong pada waktu ini kerana Samsung memastikan ciri yang ditawarkan berfungsi dengan baik sebelum diberikan kepada pengguna. Proses melakukan latihan kepada LLM yang digunakan untuk ciri ini bukan sahaja mengambil masa tetapi turut memakan kos.

Komen