Carian
Seagate Memperkenalkan Cakera Keras Exos X Mozaic 3+ Dengan Kapasiti 30TB 
January 19, 2024 Effi Saharudin

Masih ada keperluan untuk storan cakera keras (HDD) khususnya pada pusat pangkalan data walaupun ia lebih perlahan berbanding storan SSD. Minggu ini Seagate Exos X Mozaic 3+ dilancarkan dengan kapasiti 30TB yang menjadikan HDD terbesar di pasaran.

Exos X Mozaic 3+ dipasarkan untuk kegunaan di pusat data khususnya pemprosesan AI. Ia terdiri daripada sepuluh cakera masing-masing dengan kapasiti 3TB. Teknologi Seagate membolehkan ia menghasilkan cakera dengan kepadatan 1.742 TB setiap inci persegi.

Mereka tidak mempunyai perancangan menawarkan HDD dengan lebih daripada 10 keping cakera dalam setiap unit kerana faktor saiz, bising, ketahanan jangka panjang dan kos. Tetapi sebaliknya Seagate akan menghasilkan cakera dengan kapasiti 5TB bagi menawarkan HDD dengan storan 50TB menjelang 2025.

Pelancaran Seagate Exos X Mozaic 3+ hadir setahun lewat daripada sasaran asal Seagate menjual HDD 30TB pada tahun lalu. Setiap Seagate Exos X Mozaic 3+ dijual pada harga sekitar $450 (~RM2122) sebuah pada suku pertama 2024.

Komen