Cip paling berkuasa untuk peranti Android bersaing sesama sendiri pada tahun ini adalah Dimensity 9300, Exynos 2400 dan Snapdragon 8 Gen 3. Setiap cip ini masih menggunakan binaan 4nm dan masing-masing ada keunikan tersendiri. Kita sudah tahu kemampuan Dimensity 9300 seperti dalam yang saya nyatakan dalam ulasan vivo X100 Pro.
Prestasi Snapdragon 8 Gen 3 juga sudah terbukti berkuasa oleh peranti iQOO 12. Dalam artikel ini, saya akan memfokuskan dua cip yang hanya digunakan pada peranti Samsung iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Samsung Exynos 2400. Samsung mengadakan prestasi kedua-duanya setanding tetapi adakah ini benar?
PERANTI DAN CIP
Peranti | Samsung Galaxy S24 Ultra | Samsung Galaxy S24+ |
Cip Pemproses | Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy | Exynos 2400 |
Teknologi | 4nm | 4nm |
Konfigurasi CPU | 1 x 3.39 GHz Cortex-X4 3 x 3.1 GHz Cortex-A720 2 x 2.9 GHz Cortex-A720 2 x 2.2 GHz Cortex-A520 | 1 x 3.2 GHz Cortex-X4 2 x 2.9 GHz Cortex-A720 3 x 2.6 GHz Cortex-A720 4 x 1.95 GHz Cortex-A520 |
GPU | Adreno 950 | Xclipse 940 |
PENANDA ARAS
Ujian penanda aras yang dilakukan adalah menggunakan tiga aplikasi terkenal iaitu AnTuTu 3D, Geekbench 6 dan juga 3DMark. 3DMark akan terdapat dua ujian iaitu Wildlife Extreme dan Solar Bay. Di dalam perbandingan ini saya turut akan menyertakan skor Snapdragon 8 Gen 3 (iQOO 12), Dimensity 9300 (Vivo X100 Pro), A16 Bionic (iPhone 14 Pro Max) dan A17 Pro (iPhone 15 Pro Max) agar anda boleh lihat perbezaan antara cip mercu di pasaran sekarang.
Geekbench 6
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy – 2278/7016
- Samsung Exynos 2400 – 1539/6510
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 – 2181/6631
- MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032
- Apple A17 Pro – 2873/7228
- Apple A16 Bionic – 2640/6820
AnTuTu 3D
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy – 1,768,765
- Samsung Exynos 2400 – 1,643,090
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 – 2,075,821
- MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552
- Apple A17 Pro – 1,523,961
- Apple A16 Bionic – 1,455,773
3DMark Wild Life Extreme
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy – 4657 / 27.89 FPS
- Samsung Exynos 2400 – 2813 / 16.85FPS
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 – 5045 / 30.22 FPS
- MediaTek Dimensity 9300 – 4067 / 24.35 FPS
- Apple A17 Pro – 3695 / 22.1 FPS
- Apple A16 Bionic – 2727 / 16.3FPS
3DMark Solar Bay
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 For Galaxy – 8564 / 32.56 FPS
- Samsung Exynos 2400 – 6152 / 23.39 FPS
- Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 – 8528 / 32.43 FPS
- MediaTek Dimensity 9300 – 6929 / 26.35 FPS
- Apple A17 Pro – 6333 / 24.1 FPS
- Apple A16 Bionic – 4283 / 16.3 FPS
KESIMPULAN
Dalam ujian ini, Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy jelas sekali telah dioptimasikan untuk S24 Ultra agar mampu dalam tugasan berat seperti pemprosesan AI dan multi-tugasan. Kemampuan Ray Tracing yang bagus tetapi tidak begitu kuat pada grafik 3D seperti Snapdragon 8 Gen 3 biasa. Exynos 2400 pula adalah sedikit lebih tinggi berbanding prestasi Snapdragon 8 Gen 2 tetapi masih rendah jika dibandingkan dengan Dimensity 9300 pada peranti vivo X100 Pro.
S24+ dengan Exynos 2400 turut mempunyai kekuatan multi-teras pada Geekbench 6 sama seperti S24 Ultra. Walaupun sudah mempunyai 12GB RAM + 8GB RAM Plus, Exynos 2400 masih tidak mempunyai kemampuan permua grafik tinggi yang hebat, sebaliknya turut memfokuskan keseimbangan antara produktiviti dan hiburan.
Apple A17 Pro pada iPhone 15 Pro Max pula habis disapu dalam kesemua ujian di atas kecuali Geekbench 6 yang menunjukkan cip terbaik untuk iPhone ini mempunyai kelebihan pada CPU dan bukannya GPU. Apple A16 Pro pula mencatatkan skor ujian GPU paling rendah tetapi dalam ujian Geekbench 6 masih mengalahkan kesemua cip mercu MediaTek, Samsung dan Qualcomm tahun ini.
Adakah Samsung akan mengikut strategi Google dengan menyatakan cip Exynos 2400 bukan dibina untuk prestasi keseluruhan tetapi kemampuan pengoptimasian perisian? Jelas di sini Snapdragon 8 Gen 3 biasa adalah yang paling berkuasa. Tetapi itupun kerana peranti iQOO 12 itu sendiri yang cuba menjadi ringkas dengan menawarkan prestasi permua terbaik dan bukan memfokuskan kepada AI.
Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Exynos 2400 dibangunkan untuk mengendalikan tugasan harian, kemampuan permua moden serta paling penting memproses tugasan AI yang berat. Jika anda inginkan peranti dengan prestasi produktiviti yang seimbang dengan permua, Samsung adalah pilihan anda. Tetapi jika anda ingin dapatkan prestasi Snapdragon 8 Gen 3 paling optimum, peranti gaming atau yang tidak memfokuskan AI harus menjadi pilihan anda.
Sebenarnya saya agak kecewa yang cip Exynos 2400 ini tidak mempunyai skor penanda aras yang setanding dengan Snapdragon 8 Gen 3 atau Dimensity 9300. Jika ini adalah strategi Samsung untuk mengembalikan Exynos, pada pendapat peribadi saya orang ramai akan marah. Exynos masih tidak bersedia untuk orang ramai terima. Mungkin versi 3nm nanti?