Carian
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Diumumkan Di Malaysia – Bermula RM 4,499
January 19, 2024 Amy Maizuraa

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) turut diumumkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Ia dilengkapi teknologi terkini khususnya cip pemproses baharu siri Intel Core Ultra dalam memberi nilai menarik terhadap apa yang ditawarkan.

Bagi yang berminat Zenbook 14 OLED (UX3405) dijual dengan harga RM5,999 untuk Intel Core Ultra 7 155H (32GB RAM/1TB PCIe 4.0). Seterusnya Zenbook 14 OLED (UX3405) dengan Intel Core Ultra 5 125H (16GB RAM/512GB PCIe 4.0) pula berharga RM4,499 sebuah. Ketersedian bermula hari ini dengan pilihan warna Ponder Blue, kemudian pilihan warna Foggy Silver pula dijadualkan tiba kemudian.

Komputer riba ini menawarkan paparan OLED 3K (2880×1800 piksel) sebesar 14″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung pula nisbah skrin ke badan 87%, kecerahan puncak 550 nits dan gamut warna sRGB 100%.

Pilihan pemproses pula sehingga Intel Core Ultra 9 185H bersama Intel Arc graphics terbina bertujuan peningkatan prestasi. Diikuti juga pilihan memori LPDDR5 32GB RAM dan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Turut dimuatkan ialah bateri 75Wh yang menyokong pengecasan 65W, kamera web FHD dan pembesar suara dengan Dolby Atmos. Pilihan I/O disediakan pula termasuk 2 x Thunderbolt 4 Type C, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5mm.

Komen