Carian
Aplikasi SmartThings Find Kini Digantikan Dengan Samsung Find
January 19, 2024 Fahim Zahar

Samsung SmartThing Find adalah ciri menjejak objek yang sedia terbina di dalam aplikasi SmartThings. Dengan ciri ini pengguna boleh mencari peranti atau aksesori yang berdaftar dengan akaun Samsung sama seperti Google Find Device atau Apple Find My.

Terbaru dalam One UI 6.1 pada peranti siri Samsung Galaxy S24, ciri SmartThing Find telah dibuang daripada aplikasi SmartThings. Samsung kini menjadikan ciri menjejak objek ini sebagai aplikasi berasingan yang diberi nama Samsung Find. Aplikasi ini mempunyai sedikit persamaan dengan aplikasi Apple Find My, misalnya pengguna turut boleh mencari peranti ahli keluarga dan akan datang ciri notifikasi peranti yang ditinggalkan turut akan diberikan.

Dengan Samsung Find, pengguna turut lebih mudah untuk berinteraksi dengan penjejak objek Samsung SmartTag2 atau SmartTag jika mereka tidak memiliki sebarang produk internet benda SmartThings. Penggunaan aplikasi juga lebih ringkas dan tidak memeningkan berbanding sebelum. Samsung Find terhad kepada peranti One UI 6.1 sahaja buat masa ini dan tidak tahu jika peranti One UI 6.0 turut akan menerima kemas kini yang sama.

Komen