Lanjutan daripada perkongsian menyatakan Netflix tidak merancang memperkenalkan aplikasi Apple Vision Pro ketika pengenalan. Sebagai alternatif, pihak Netflix meminta pengguna mengakses perkhidmatan mereka melalui pelayar web.

Selari dengannya juga, kini YouTube dan Spotify dilihat mengambil langkah sama, dan dikatakan tidak akan menawarkan aplikasi untuk Apple Vision Pro ketika pelancaran. Kedua-dua aplikasi penstriman ini juga dikatakan tidak akan menawarkan variasi aplikasi iPad untuk dijalankan pada Apple Vision Pro, sebaliknya meminta pengguna mengakses ia melalui pelayar web Safari.
Langkah ini sekaligus seperti memperlihatkan ramai yang masih skeptikal terhadap arena realiti-maya dan tidak yakin akan popularitinya akan meningkat.
Apple sendiri akan menawarkan Apple Vision Pro secara berperingkat bermula dari Amerika Syarikat – dengan harga mencapai RM16,000 untuk satu set, yang akan membuatkan mereka yang boleh mengaksesnya agak terhad dan tidak meluas.