Cari @ Amanz

Perkara paling menarik pada siri Samsung Galaxy S24 bukanlah terletak pada perkakasan, kemampuan memproses atau prestasi kamera. Sebaliknya pada hemat kami ia terletak pada Galaxy AI yang memberikan pelbagai kemampuan kecerdasan buatan (AI) yang tidak pernah ditawarkan pada telefon pintar.

Samsung sudahpun mengesahkan Galaxy AI akan ditawarkan pada peranti-peranti selain S24 menerusi kemas kini. Kini menerusi jawapan yang diberikan kepada Android Authority, senarai peranti terawal yang akan menerima telahpun disahkan. Kemas kini akan diberikan menerusi One UI 6.1 pada H1 2024.

Seperti yang telah kami laporan sebelum ini, tidak semua ciri Galaxy AI dari S24 akan diberikan kepada peranti lama kerana kekangan kuasa memproses NPU yang digunakan. Senarai lengkap peranti yang disahkan menerima Galaxy AI adalah seperti di bawah.

  1. Samsung Galaxy S23
  2. Samsung Galaxy S23+
  3. Samsung Galaxy S23 Ultra
  4. Samsung Galaxy S23 FE
  5. Samsung Galaxy Z Fold5
  6. Samsung Galaxy Z Flip5
  7. Samsung Galaxy Tab S9
  8. Samsung Galaxy Tab S9+
  9. Samsung Galaxy Tab S9 Ultra 
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd