Cari @ Amanz

OnePlus adalah pengeluar peranti yang amat takut melancarkan jam tangan pintar suatu masa dahulu. Kemudian pada tahun 2021, 8 tahun selepas OnePlus beroperasi OnePlus Watch dilancarkan dengan sistem operasi tersendiri yang turut boleh berkomunikasi dengan pelbagai perkhidmatan popular.

OnePlus Watch generasi pertama

Peranti boleh pakai OnePlus kemudian berkembang di bawah siri Nord dan kini selepas dua tahun OnePlus dikatakan sudah bersedia untuk OnePlus Watch 2. Menurut Max Jambor, peniris produk OnePlus terkenal – jam ini akan menggunakan Wear OS. Walaupun Wear OS masih tidak stabil seperti watchOS, sekurang-kurangnya sejak Wear OS 3.x banyak pengeluar telefon sudah berani menawarkan jam dengan sistem operasi Google ini.

Oppo Watch 4 Pro

OnePlus Watch 2 ini dikatakan akan dilancarkan di acara MWC Barcelona 2024. Butiran jam masih tidak didedahkan, tetapi saya dapat membayangkan jam Oppo Watch 4 Pro dengan skrin petak akan diubah sedikit untuk OnePlus – sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd