Carian
Syarikat AI Dibawah Elon Musk, xAI Dinilaikan Sekitar $15 Bilion
January 20, 2024 Aman

Elon Musk sedia menubuhkan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan xAI. Produk pertama dibawahnya dinamakan Grok telah pun diintegrasikan bersama X (dulu dikenali sebagai Twitter), sekaligus membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai persoalan dan mendapatkan maklumbalas pantas terus melaluinya.

Salah satu kelebihan Grok juga adalah ia dilatih menggunakan data masa-nyata dari X, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan input berasaskan konteks masa-nyata.

Terbaru, ia dilaporkan Elon Musk telah berjaya mendapatkan komitmen pelaburan sebanyak $500 juta, dan dalam usaha untuk mencapai suntikan dana pelaburan awal $1 bilion. Secara kasarnya, syarikat xAI berkenaan sendiri dinilaikan antara $15 bilion ke $20 bilion.

Ia agak menarik untuk melihat nilai xAI ini meningkat mendadak – dan tidak mustahil mengatasi nilai X sendiri pada suatu hari. Sebelum ini, X telah dinilaikan sekitar $13 bilion oleh salah seorang pelabur.

Komen