Carian
Telefon Pintar HMD Pertama Tertiris – Mungkin Kelas Pertengahan
January 22, 2024 Fahim Zahar

Nokia sudah lama tidak memfokuskan kepada pengeluaran telefon pintar atau tablet. Sebaliknya, HMD Global yang mengendalikan telefon jenama Nokia. Namun begitu, HMD juga telah mengubah strategi mereka dengan akan mengeluarkan telefon pintar tersendiri bersama dengan Nokia.

Terbaru, 91Mobiles telah mendedahkan imej pengolokan telefon HMD pertama. Ia dikatakan mempunyai dua nombor model N159V dan TA-1585, sama ada untuk pasaran berbeza atau HMD akan menawarkan dua model berbeza. Peranti ini dilihat menggunakan rekaan ringkas, panel belakang hitam kusam dengan logo HMD, dwi-kamera, skrin rata dan mungkin akan dipasarkan dalam kategori kelas pertengahan atau kelas asas.

Telefon HMD ini turut dikatakan akan dipasarkan ke banyak negara. Namun buat masa ini butiran peranti seperti spesifikasi, tarikh dan harga jualan masih belum diketahui. Sama-sama kita mengikut perkembangan HDM dan lihat adakah peranti mereka boleh bersaing dengan Redmi, realme, Infinix, Tecno dan lain-lain yang banyak menawarkan peranti dalam kelas sama.

Komen