Carian
Samsung Galaxy Fit3 Mungkin Dilancarkan Dalam Masa Terdekat
January 22, 2024 Amy Maizuraa

Bagi penggemar produk Samsung, barisan peranti Galaxy Fit pastinya tidak asing lagi kepada mereka. Ia merupakan gelang pintar yang turut mendapat perhatian ramai, selain juga sesuai dijadikan alternatif menarik bagi jam tangan pintar yang lebih mahal.

Berkongsi lanjut generasi baharu Samsung Galaxy Fit3 dijangka boleh dilancarkan dalam masa terdekat. Ia memandangkan peranti telah ditemui melalui pelbagai pangkalan data yang termasuk SIRIM Malaysia. Peranti muncul dengan kod nama SM-R390 dan didaftarkan oleh Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd sejak 17 Januari lalu.

Di samping itu, halaman utama peranti juga didakwa telah mula disiarkan melalui laman web rasmi beberapa pasaran termasuk India. Meskipun butiran mengenai peranti masih misteri, penemuan ini sekurang-kurangnya memberi gambaran bahawa produk ini wujud dan boleh dilancarkan tidak lama lagi.

Komen