Reno11 F 5G telah disenaraikan melalui laman web Oppo Indonesia sekaligus mengesahkan kewujudan secara rasmi. Pengenalannya kelak menjadi tambahan baharu untuk siri Oppo Reno, selain juga berpotensi menyediakan banyak manfaat dalam fotografi jenis potret.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/01/Oppo-Reno-11F-5G-A-edited.png)
Berbeza dengan sebelum ini, Reno11 F 5G menggunakan tubuh rata bersama sisi dibulatkan untuk lebih keselesaan. Diikuti juga modul kamera segi empat yang memuatkan sistem tri-kamera berserta sebuah LED Flash. Dalam masa sama peranti boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu merah jambu dan hijau.
Tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan setakat ini. Namun diyakini boleh diketahui dalam masa terdekat yang termasuk tarikh pelancaran rasmi. Untuk rekod, Reno 11 Pro 5G dan Reno 11 5G telah dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,899 dan RM2,499.