Carian
Kemas Kini iPhone Anda Ke iOS 17.3 Untuk Perlindungan Peranti Dicuri
January 23, 2024 Fahim Zahar

Disember tahun lepas, Apple telah memperkenalkan ciri Perlindungan Peranti Dicuri (Stolen Device Protection) yang memberi lapisan keselamatan tambahan kepada iPhone pengguna untuk mengelak daripada dicuri. Kini, iOS 17.3 sudah boleh dimuat turun oleh semua pengguna iPhone yang layak untuk mengaktifkan ciri ini.

Perlindungan Peranti Dicuri ini mematikan sokongan kod laluan apabila cuba mengakses kata laluan dan informasi kad perbankan dengan hanya bergantung kepada Face ID atau Touch ID sepenuhnya. Kemudian ciri ini turut memerlukan seseorang menunggu satu jam apabila cuba menukar kata laluan Apple ID. Kemudian mereka perlu melakukan pengesahan identiti kedua dengan Face ID atau Touch ID.

Menariknya, ciri ini turut mengesan lokasi peranti. Jika ia berada di sekitar pejabat atau rumah pengguna, ciri ini tidak akan diaktifkan, Berikut adalah beberapa tetapan lain yang memerlukan pengesahan Face ID atau Touch ID;

  • Lost Mode
  • Format peranti
  • Pendaftaran Apple Card (hanya negara terpilih)
  • Melihat butiran Apple Card (hanya negara terpilih)
  • Beberapa ciri dalam Apple Wallet
  • Menetap iPhone baharu dengan ciri Quick Start

Untuk mengaktifkan ciri ini, pergi ke tetapan dan cari Face ID & Kod Laluan > Masukkan kod laluan > Cari Perlindungan Peranti Dicuri > Aktifkan dengan pengesahan Face ID atau Touch ID.

Komen