Tahun lepas, kami melaporkan yang Apple ingin memberi royalti tambahan kepada artis mereka di Apple Music yang menggunakan format Dolby Atmos dan Spatial Audio. Pembayaran Ia adalah untuk meningkatkan adaptasi dan kandungan dua format ini dan turut ingin menggalakkan pembelian kelengkapan Apple yang menyokongnya.
9to5Google melaporkan yang Apple akan membayar sebanyak 10% kepada artis yang menggunakan format Dolby Atmos dan Spatial Audio. Menariknya, pengguna Apple Music tidak perlu mendengar pun dua format ini. Asalkan muzik yang artis itu menggunakan dua format ini dan ia dimainkan oleh pengguna di Apple Music, mereka masih akan dibayar.

Sehingga hari ini, adalah satu-satunya platform penstriman muzik yang menawarkan akses muzik format yang lebih berkualiti tanpa bayaran tambahan. Apple Music boleh dilanggan pada harga serendah RM8.90 untuk pelajar, RM16.90 untuk individu dan RM25.90 untuk keluarga.