Carian
TV Dan Speaker Samsung Akan Menyokong IAMF Untuk Audio 3D Spatial Tahun Ini
January 23, 2024 Fahim Zahar

Tahun lepas, Samsung dan Google telah membangunkan Immersive Audio Model and Formats (IAMF) untuk audio 3D Spatial. IAMF telah pun diadaptasi oleh Alliance for Open Media pada Oktober tahun lepas sebagai format audio spatial sumber terbuka. Ia diharapkan dapat menyelesaikan masalah format audio spatial berbeza yang memerlukan lesen.

IAMF disasarkan untuk disokong pada TV, soundbar, fon kepala, fon telinga atau telefon pintar. Android Authority melaporkan yang sokongan format audio imersif baharu ini akan diedarkan kepada produk yang layak bermula tahun ini. Menariknya, sokongan ini akan diberikan melalui kemas kini perisian sahaja dan pengguna tidak perlu membeli produk baharu.

Bukan itu sahaja, YouTube turut akan menyokong format IAMF tetapi terhad di aplikasi sahaja kerana versi web yang terhad kepada audio stereo sahaja. Buat masa ini masih tidak pasti jika Samsung akan kekal menggunakan nama IAMF pada TV, speaker dan produk mereka yang lain atau akan memberikan nama yang lebih cool.

Diharapkan, sokongan IAMF ini adalah sebaik Dolby Atmos atau lebih baik. Jika penggunaannya meluas kita akan dapat melihat produk bukan Apple bersaing untuk menawarkan sokongan audio spatial pula.

Komen