Carian
Anda Kini Boleh Beri Kawalan Senarai Main Apple Music Kepada Pengguna Lain
January 23, 2024 Fahim Zahar

Apple Music masih tidak cukup popular berbanding Spotify. Ia tidak mempunyai antaramuka yang cukup mesra pengguna dan kekurangan banyak ciri/fungsi menarik berbanding Spotify. Terbaru, Apple cuba mengikuti strategi Spotify dengan menyertakan ciri Collaborative Playlists.

Ciri ini membolehkan seseorang menjemput rakan, keluarga atau yang tersayang untuk mengakses dan mengawal senarai main sendiri. Mereka boleh tambah lagu, ubah aturan, memberi reaksi dengan emoji atau juga mengubah imej kenit. Setiap senarai main yang dikongsi turut mempunyai cadangan muzik yang boleh ditambah. Apple tidak mendedahkan had peserta yang boleh bekerjasama dengan satu senarai main.

Ciri ini mirip dengan Spotify Jam yang menyokong sehingga 32 orang untuk satu senarai main. Untuk menggunakan ciri Collaborative Playlists anda memerlukan langganan Apple Music diperlukan. Kemudian pilih salah satu senarai main di dalam pustaka, tekan ikon kecil manusia dengan “+” di atas, tekan “Mula Kerjasama” dan kongsi pautan ke orang lain. Setiap

Pengguna turut boleh meluluskan siapa yang boleh mengakses sesuatu senarai main, jika pautan perkongsian tadi dikongsi pula ke ramai orang. Ciri ini tersedia di dalam iOS 17.3 yang turut menyokong Perlindungan Peranti Dicuri. Apple Music boleh dilanggan pada harga serendah RM8.90 sebulan untuk pelajar dan RM16.90 sebulan untuk individu.

Komen