Carian
Dengan Spotify Jam, 32 Orang Boleh Mengawal 1 Senarai Main
September 27, 2023 Fahim Zahar

Spotify semakin hari semakin menarik untuk digunakan. Sekarang saya sendiri sedang dalam dilema adakan ingin meninggalkan Apple Music dan kembali ke platform penstriman audio paling popular dunia ini. Semalam, mereka mengumumkan yang suara penyampai posiar boleh diterjemah dengan AI dengan suara yang sama.

Sebelum ini mereka memperkenalkan permainan Snake. Hari ini, Jam pula diperkenalkan iaitu satu lagi ciri berkaitan dengan senarai main. Menurut Spotify, Jam adalah senarai main yang boleh dikawal sehingga 32 orang dan disasarkan untuk penggunaan di majlis keraian.

Senarai main Jam hanya boleh dicipta oleh pengguna Premium sahaja tetapi kemudian sesiapa sahaja boleh menyertainya melalui jemputan. Mereka yang menyertai senarai main ini boleh menambah muzik sendiri, kawal jeda atau main dan turut menerima cadangan muzik berdasarkan corak penggunaan.

Komen