Cari @ Amanz

Di acara pelancaran siri OnePlus 12 yang berlangsung di India malam ini, mereka telah mengumumkan beberapa perubahan pada sistem kamera yang digunakan. Fokus utama adalah pada OnePlus 12 yang menggunakan sistem kamera 4th Gen Hasselblad For Mobile.

Dengan sistem ini, OnePlus membawakan ciri Master Mode pada peranti mercu baharu mereka. Ciri ini memberi kawalan manual yang lebih profesional untuk pengguna mengambil gambar. Selain turut terus membawakan sokongan mengubah penepuan (saturation), kontras, menajamkan imej dan juga menambah kesan vignet secara masa nyata. Menurut OnePlus, ciri ini mimik kamera Hasselblad X2D 100C yang bernilai lebih RM40,000.

OnePlus 12 menggunakan konfigurasi tri-kamera daripada sensor 50MP Sony LYT-T808 dengan sokongan OIS + 64MP (OIS) telefoto zum optikal 3x, zum potret 6x serta zum digital maksima 120x dan sensor ultra sudut lebar 48MP. Sama-sama kita nantikan pelancaran untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd