Peranti Google Pixel tidka pernah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan peminat sanggup berkelana ke Singapura untuk membelinya. Penantian sejak 2016 untuk Pixel di Malaysia masih belum menunjukkan akan berakhir, tetapi ura-ura mengenai Pixel 9 sudahpun muncul bermula dengan rekaannya yang tertiris pagi ini.
Rekaan Pixel 9 Pro telah ditiriskan oleh laman MySmartPrice dan OnLeaks yang menunjukkan perbezaan besar pada rekaan belakang. Palang besar untuk kamera digantikan dengan bonggol berbentuk bujur yang sama seperti yang digunakan pada Pixel Fold.
Skrin adalah rata dengan bezel nipis. Bahagian sisi tubuh juga rata semakin rata. Trend tahun 2024 nampaknya ialah rekaan berkotak dan rata. Akhir sekali sistem trikamera kekal di belakang dengan lensa disusun sebaris. Masih dapat dilihat lensa periskop berbentuk empat segi. Secara tradisinya siri Google Pixel akan dilancarkan pada bulan September.