OnePlus 12 telah dilancarkan untuk pasaran global malam tadi. Peranti ini menjalankan OxygenOS 14 berasaskan Android 14 dengan Trinity Engine yang boleh meningkatkan prestasi, kualiti grafik, sentuhan yang lebih lancar, serta memberi ciri tambahan kepada CPU, RAM dan storan dalaman.
Apa yang menarik dengan Trinity Engine ini adalah ciri HyperRenderring yang boleh memaksa semua permua dimainkan pada kadar 120FPS. Ciri ini dijayakan oleh cip Pixeworks X7. OnePlus menggunakan kaedah interpolasi bingkai (frame interpolation) seakan pada skrin TV untuk menjadikan kandungan yang dipaparkan lebih lancar.
Pengguna OnePlus 12 turut boleh menikmati paparan warna HDR untuk semua permua yang dimainkan pada peranti ini. Selama ini, permua pada peranti Android tidak banyak yang menyokong kadar bingkai yang tinggi. OnePlus 8 pernah bekerjasama dengan Fornite untuk sokongan 90FPS tetapi itu terhad untuk satu permua.
OnePlus 12 akan dijual di Malaysia pada 3 Februari ini dengan tanda harga RM4599 untuk 16/512 GB. Bersama-sama dengannya adalah OnePlus 12R pada harga RM3199 yang masih belum mempunyai tarikh jualan.