Cari @ Amanz

Siri OnePlus 12 telah pun dilancarkan untuk pasaran global. Pertama adalah OnePlus 12R yang buat pertama kalinya akan ditawarkan di luar China dan India. Kedua adalah OnePlus 12 iaitu peranti mercu dengan kamera 4th Gen Hasselblad For Mobile. Hari ini OnePlus Malaysia turut mengumumkan tarikh dan harga jualan kedua-dua peranti ini.

OnePlus 12R akan dijual pada harga RM3,199 untuk satu varian sahaja iaitu 16/256 GB dengan dua pilihan warna iaitu Cool Blue atau Iron Gray. Dengan setiap pembelian, langganan Google One 100GB untuk 6 bulan akan diberikan. Buat masa ini, tarikh jualan OnePlus 12R masih belum diumumkan.

Akan tetapi, pada 3 Februari 2024 ini anda sudah boleh membeli OnePlus 12. OnePlus 12 untuk pasaran Malaysia menggunakan spesifikasi yang sama dengan pasaran China. Di Malaysia hanya satu varian ditawarkan iaitu 16/512 GB dengan pilihan warna Flowy Emerald atau Silky Black pada harga RM4599. Langganan Google One 100GB untuk 6 bulan turut akan diberikan secara percuma.

Harga bagi aksesori seperti kerangka pelindung dan OnePlus Buds Pro 3 buat masa ini masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd