Cari @ Amanz

Malam ini, OnePlus telah melancarkan siri OnePlus 12 dan OnePlus Buds Pro 3 untuk pasaran global. Spesifikasi bagi OnePlus 12 dan OnePlus Buds 3 adalah sama dengan pasaran China sebelum ini. Kini hanya menantikan harga rasmi untuk pasaran Malaysia sahaja. Apa yang menarik perhatian adalah OnePlus 12R, iaitu peranti mercu mampu milik paling berkuasa di pasaran.

Tidak dinafikan yang OnePlus 12R ini hanyalah Ace 3 untuk pasaran global. Apa yang menarik adalah selepas 3 generasi (9R, 10R dan 11R) di perkenalkan di India dan di China, buat pertama kali peranti ini akan dipasarkan secara meluas termasuk di Malaysia. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini;

OnePlus 12R
Skrin6.78″ LTPO4 AMOLED (Pro XDR Display), 1264 x 2780,
120Hz, HDR10+, Dolby Vision, HDR Vivid, 4500 nits,
Gorilla Glass Victus 2
PemprosesSnapdragon 8 Gen 2 (4nm)
Cip1x 3.2 GHz Cortex-X3
2x 2.8 GHz Cortex-A715
2x 2.8 GHz Cortex-A710
3x 2.0 GHz Cortex-A510
Cip GrafikAdreno 740
RAM8/16 GB LPDDR5X
Muatan Dalaman128/256 GB UFS 4.0
Kamera Utama50 MP, OIS, f/1.8 (Sudut Lebar)
8 MP, f/2.2 (Ultra Sudut lebar)
2 MP, f/2.4 (Makro)
Kamera Depan16 MP, f/2.4
Bateri5500 mAh
Pengecasan berwayar 100W
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin

OnePlus 12R mempunyai banyak persamaan dengan OnePlus 12 tetapi dalaman mirip OnePlus 11. Peranti ini tiada sokongan kamera Hasselblad tetapi sensor kamera 50MP yang sama dengan OnePlus 11 iaitu Sony IMX890. Skrin juga lebih besar dengan sokongan LPTO4 (pertama untuk OnePlus), Dolby Vision, kecerahan mencapai 4500 nits dan Aqua Touch yang membolehkan skrin disentuh walaupun ianya basah.

Rekaan adalah lebih kurang sama sejak OnePlus 10 lagi dengan perubahan yang kecil seperti suis lungsur notifikasi kini berada di sisi kanan untuk antena lebih baik, sementara butang laras suara dan kuasa diletakkan di sisi kiri atau pada kemasan panel belakang. OnePlus 12R menjalankan OxygenOS 14 berasaskan Android 14 dengan Trinity Engine. Sokongan pengecasan 100W SuperVOOC dikekalkan yang sebelum ini digunakan pada OnePlus 10T, ia tiada perlindungan kalis air,

Harga jualan untuk pasaran global adalah $499.99 (~RM2364) untuk 8/128 GB dan $599.99 (~RM2836) untuk 16/256 GB. Harga jualan OnePlus 12R adalah sekitar RM1400 lebih murah berbanding OnePlus 12 untuk pasaran Amerika (~RM3782, ~RM4254). OnePlus hanya menawarkan dua warna setakat ini iaitu Cool Blue atau Iron Gray. Sama-sama kita nantikan pelancaran dan harga untuk pasaran Malaysia pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd