Cari @ Amanz

Oppo Reno11 F 5G telah melepasi SIRIM sejak semalam yang menandakan boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Pengenalannya boleh menjadi tambahan baharu untuk siri Reno11 sedia ada, yang juga berpotensi menyediakan banyak manfaat dalam fotografi jenis potret.

Penyenaraian menunjukkan peranti didaftarkan dengan kod model CPH2603 (OPPO Reno11 F 5G) oleh Jie Business Sdn. Bhd. Dalam masa sama turut sedia diacah secara rasmi melalui laman web rasmi Oppo Indonesia bagi mengesahkan kewujudannya secara rasmi.

Fokus utama sudah tentunya pada butiran spesifikasi yang masih belum didedahkan. Apa yang pasti peranti dilihat menyokong 5G secara terbina yang menyediakan lebih manfaat kelak. Untuk rekod, Reno 11 Pro 5G dan Reno 11 5G ditawarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM1,899 dan RM2,499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd