Cari @ Amanz

Tesla kini dilaporkan telah memaklumkan para pembekal mereka, menyatakan akan memulakan pengeluaran kenderaan elektrik baharu pada pertengahan 2025. Kenderaan elektrik baharu ini dikenali dengan nama kod “Redwood” buat masa ini, dijangka dibawah kategori kenderaan “compact crossover”.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya berkenaan kenderaan model baharu ini. Sebelum ini, Elon Musk sedia menjanjikan kereta elektrik pada harga lebih kompetitif, selain penawaran robo-teksi. Tetapi, mengikut latar pembangunan dan pelancaran sebelum ini, tidak semuanya berjalan mengikut perancangan Elon Musk, dan kebanyakkannya tertangguh jauh.

Untuk makluman juga, pada hari ini, BYD sedia menerajui arena kenderaan elektrik dan telah mengatasi Tesla dari segi angka jualan. Mungkin dengan penawaran kereta pada harga lebih kompetitif, akan menarik lebih ramai mendapatkan Tesla. Namun, dengan lebih ramai menyertai arena kereta elektrik, mungkin kita akan melihat persaingan lebih sengit pada tahun-tahun akan datang. Sebelum ini, ia turut dilaporkan Perodua turut dijangka memasarkan kereta elektrik mereka pada 2025.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd