Cari @ Amanz

Oppo dan Nokia sebelum ini telah bertikai antara satu sama lain disebabkan penggunaan paten – sekaligus membawa kepada barangan Oppo tidak boleh dijual di negara seperti Jerman. Ia seterusnya membawa kepada pelbagai pertikaian di negara-negara lain, dimana Nokia ingin produk Oppo diharamkan penjualannya.

Lanjutan daripadanya, kini ia dilihat kedua-dua pihak telah berdamai, dan bersetuju untuk memetarai perjanjian kerjasama paten. Nokia menyatakan dengan perjanjian ini, ia sekaligus membawa kepada kestabilan perniagaan perlesenan paten mereka.

Sementara untuk Oppo pula, mereka akan membayar royalti paten kepada Nokia, termasuk meliputi paten 5G. Ini sekaligus menyelesaikan pelbagai pertikaian antara kedua-dua pihak, dan akan membolehkan Oppo mula menawarkan produk mereka di semua pasaran kembali tanpa masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd