Carian
WWE Network Ditutup Penghujung 2024 Dan Kandungan Berpindah Ke Netflix
January 26, 2024 Effi Saharudin

Perkhidmatan penstriman WWE Network akan ditutup pada penghujung 2024 dengan kesemua kandungan akan dipindahkan ke rumah baharunya di Netflix. Pengumuman dilakukan beberapa hari selepas WWE memilih Netflix sebagai tempah penstriman rasmi siri mingguan WWE Raw secara eksklusif di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat.

Di bawah persetujuan melibatkan $5 bilion selama 10 tahun, Netflix menerjah masuk pula ke arena penstriman sukan selepas selama ini hanya berjinak-jinak dengan penstriman acara komedi dan kelak acara anugerah Screen Actors’ Guild. Pada ketika ini pemindahan kandungan WWE Network ke Netflix hanyalah untuk pengguna global. Di Amerika Syarikat, ia akan kekal di Peacock sehingga penghujung 2026.

Hanya beberapa tahun lalu Netflix menafikan mereka ingin memasuki arena penawaran acara sukan secara langsung tetapi selepas melihat kejayaan rancangan Drive To Survive, Tour De France dan beberapa lagi kandungan berasaskan sukan, jelas terdapat permintaan yang tinggi di kalangan penonton.

Komen