Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa tablet kelas premium Huawei MatePad Pro 13.2 yang mana pra-tempahannya baru dibuka di Malaysia akan hadir dengan cip pemprosesan HiSilicon 9000s yang sama digunakan pada peranti Huawei Mate 60 Pro.
Terkini, nampaknya laman web Huawei Malaysia telah mengemaskini penawaran cip pemprosesan dengan meletakkan nama cip pemprosesan HiSilicon Kirin 9000W pula, yang menurut beberapa laporan, mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti cip pemprosesan sebelum ini, cuma nampaknya cip pemprosesan ini tampil dengan modem 4G/LTE yang dinyahaktifkan.
Dalam pada itu, tanda harga pra-tempahan untuk tablet ini, yang dilengkapi dengan paparan OLED 13.2 inci dengan resolusi 2880×1920 dan pilihan memori dan storan 12GB/256GB 12GB/512GB masih lagi dikekalkan pada RM4599 dan RM4999 buat masa ini.