iPad Pro dengan skrin OLED merupakan model baharu yang dijangka akan tiba tahun ini. Selama ini iPad kerap menggunakan skrin LCD dengan hanya beberapa model menerima panel mini LED. iPad Pro baharu ini dijangka akan menawarkan kualiti skrin lebih baik, prestasi lebih pantas dan sedikit perubahan pada rekaan.

Baru-baru ini, TrendForce melaporkan bahawa Apple mungkin mengurangkan pengeluaran iPad Pro OLED ini sekitar 20% ke 30%. Menurut sumber, Apple tidak yakin akan dapat menjual jumlah yang banyak untuk model baharu iPad ini atas harga jualan yang semakin tinggi. Menurut laporan, harga jualan mungkin bermula RM7000 untuk model asas saiz 11-inci.

iPad baharu untuk tahun ini dijangka akan hadir dengan rekaan baharu, menyokong MagSafe, menggunakan panel belakang kaca dan dijanakan dengan cip Apple M3 yang cukup berkuasa untuk menjalankan permainan video seperti Death Stranding atau Resident Evil 4.