Kini, TheStar laporkan yang mana terdapat pengodam yang menjual data dikatakan dicuri dari pangkalan data Telekom Malaysia. Menurut pengodam berkenaan, pangkalan data berkenaan mempunyai hampir 200 juta pemasukan data.
Mengikut data yang diperlihatkan pengodam berkenaan, ia turut menyertakan data seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, pekerjaan, agama, status semasa, dan sebagainya.
Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia masih belum mengeluarkan komen berkaitan perkara ini. Untuk makluman, sebelum ini TM telah sedia memaklumkan pengguna berkaitan kebocoran data melibatkan sebahagian pelanggan Unifi. Ia tidak diketahui sama ada data yang ditawarkan pengodam ini berkait dengannya atau tidak.