Cari @ Amanz

Google akhirnya membangunkan pelayar web Chrome versi ARM untuk komputer Windows. Selama ini Chrome memang disokong pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows for ARM tetapi adalah versi X86 yang berfungsi menerusi pelagak. Akibatnya prestasi Chrome pada Windows for ARM adalah perlahan.

Versi nafif ARM64 ditemukan dalam versi Chrome Canary yang terkini menandakan versi penuh akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dengan sokongan natif prestasi yang lebih baik akan dapat dinikmati pengguna dengan cip pemproses ARM. Dengan komputer riba dengan cip Snapdragon X Elite akan dilancarkan pada H2 2024, Google melakukan persediaan awal untuk memastikan Chrome akan beroperasi dengan baik.

Setakat ini prestasi cip Snapdragon X Elite didapati dapat menyamai kemampuan cip siri Apple M2 yang turut menggunakan senibina ARM. Chrome untuk cip ARM pada macOS sudahpun ditawarkan sejak empat tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd