Cari @ Amanz

Roda Ferris dengan trek berkembar tertinggi di dunia akan beroperasi di Korea Selatan seawal 2028. Projek Seoul Twin Eye akan dibina di Sangam World Cup Park, Seoul bermula tahun depan. Ia mempunai satu trek di bahagian luar dan satu lagi di bahagian dalam “roda” yang tidak mempunyai hab seperti rekaan roda Ferris biasa.

Pada asalnya projek ini dikenali sebagai Seoul Eye yang kami laporkan tahun lalu tetapi rekaan akhir dengan trek berkembar dipilih melibatkan kerjasama UNStudio, Arup, dan Heerim Architecture. Ia mempunyai 64 pod yang boleh menempatkan sehingga 25 penumpang serentak. Sebanyak 1400 penumpang boleh dibawa serentak. Rekaan mengambil inspirasi daripada jam astronomi Honcheonsigye yang dibina pada kurun ke-17 ketika Dinasti Joseon.

Seoul Twin Eye akan mencapai ketinggian 220 meter apabila siap kelak yang turut menjadikannya yang kedua tertinggi di dunia selepas Ain Dubai setinggi 250 meter. Namun begitu Ain Dubai sudah tidak beroperasi sejak Mac 2022 kerana pelbagai isu struktur yang masih tidak dapat diselesaikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd