Carian
Galaxy AI Di China Menggunakan Teknologi Baidu Menggantikan Google
January 28, 2024 Effi Saharudin

Ciri paling menarik dan berguna pada siri Galaxy S24 tahun ini ialah Galaxy AI yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu penulisan, menyunting gambar, melakukan alih bahasa panggilan suara dan melakukan ringkasan untuk nota panjang. Di China Galaxy AI telah diubahsuai dengan penggunaan teknologi syarikat tempatan.

Sebahagian teknologi Galaxy AI untuk pasaran global menggunakan model AI Google Gemini. Memandangkan Google tidak beroperasi di China, Gemini telah digantikan dengan Ernie yang dibangunkan oleh Baidu. Ciri seakan Circle to Search tetapi menggunakan teknologi Baidu juga diberikan khusus pada Galaxy S24 pasaran China.

Masih belum diketahui sama ada wujud perbezaan prestasi ciri Galaxy AI yang menggunakan teknologi Google dan Baidu. Pada model Ernie 4.0 yang dilancarkan Oktober lalu, Baidu mengatakan ia setanding dengan kemampuan GPT-4 yang dibangunkan oleh OpenAI.

Komen