Pada awal tahun ini, ia telah diumumkan bahawa perisian penulisan dokumen WordPad akan dibuang melalui kemaskini sistem operasi akan datang. Terkini, dengan kemaskini Windows Insider Canary terbaru, Microsoft dilihat telah membuang perisian tersebut.
WordPad ialah perisian pilihan ramai pengguna untuk mereka yang tidak mahu membeli atau melanggan perisian Microsoft Office untuk menggunakan Microsoft Word, khususnya apabila tugas mereka hanyalah untuk menulis dokumen biasa yang boleh dilakukan dalam format .txt ataupun .rtf.
Malah, dengan ketiadaan perisian WordPad, pihak Microsoft menyarankan orang ramai untuk menggunakan perisian mengolah teks Microsoft Word yang perlu dibeli ataupun dilanggan melalui suite perisian Microsoft Office selepas kemaskini akan datang membuangnya secara rasmi.

Dalam pada itu, kemaskini Windows Insider Canary ini juga akan membuang beberapa ciri lain seperti sokongan untuk pembantu digital Cortana dan juga aplikasi People daripada sistem operasi tersebut. Ia dijangka apabila kemaskini Canary diperkenalkan secara umum kelak, ia juga tidak lagi diperlihatkan pada sistem operasi Windows 11.
Cortana dan People dijangka akan digantikan dengan perisian kecerdasan buatan Co-Pilot yang sudahpun mula dimuatkan didalam perisian-perisian Microsoft yang lain seperti Teams dan sebagainya.
- Tom’s Hardware