Carian
Realme 12 Pro 5G Rasmi Dengan Cip Snapdragon 6 Gen 1
January 29, 2024 Amy Maizuraa

Sebuah lagi peranti yang diumumkan sebentar tadi ialah Realme 12 Pro 5G. Hal pertama yang dilihat ialah kemasan yang sama seperti versi pro+ digunakan bersama dua pilihan warna seperti Submarine Blue dan Navigator Beige.

Selain itu peranti juga menggunakan panel sebesar 6.7-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Digabung juga dengan nisbah kontras 5,000,000:1 bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion dan gamut warna DCI-P3 100%.

Selanjutnya peranti dijana dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, selain juga memuatkan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB. Ia juga menjalankan sistem operasi terkini Realme UI 5.0 yang dibina berasaskan Android 14.

Kamera pula sebesar 50MP Sony IMX882 dengan OIS. Diikuti juga sensor 32MP telefoto potrait Sony IMX709 dan 8MP Ultra-lebar sebagai pelengkap. Rakaman maksimum 4K boleh dibuat pada kamera peranti, selain turut kamera swafoto 16MP.

Bateri 5,000mAh digunakan boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 67W. Lain-lain spesifikasi termasuk bluetooth 5.2, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, pengimbas cap jari di skrin dan sokongan 5G terbina.

Harga jualan bermula INR25,999 (~RM1,479.60) dan INR26,999 (~RM1,536.51) sebuah.

Komen