Google Assistant with Bard adalah pembantu digital Google dengan integrasi AI generatif Bard. Sistem ini dikuasakan oleh model bahasa raya Gemini dan boleh digunakan bersama-sama dengan Classic Assistant.
Terbaru, Google dilihat akan menukar nama Assistant with Bard dengan Gemini. Dalam aplikasi Google, 9to5Google telah menemui bukti yang Gemini turut kelihatan pada tetapan sistem peranti Android. Selepas ciri ini dilancarkan kelak, pengguna boleh menekan suis untuk bertukar antara Assistant atau Gemini selain turut boleh menjadikan Gemini sebagai pembantu digital utama pada peranti Android.

Nama akhir bagi pembantu digital kedua Google ini masih belum diputuskan. Tetapi dengan kod dalam aplikasi Google 15.4 menggunakan nama Gemini, ia mungkin akan menjadi nama akhir. Sama-sama kita nantikan.