Cari @ Amanz

Adakah syarikat kenderaan elektrik (EV) China bakal memusnahkan syarikat EV negara lain dalam masa terdekat? Elon Musk berkata ini adalah satu kepastian sekiranya halangan pada peringkat perdagangan tidak dikenakan pada EV keluaran China yang pada waktu ini dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding yang dikeluarkan oleh Tesla sendiri.

Elon Musk

Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang lalu, Tesla tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini. Pada penghujung tahun lalu juga, BYD telah memintas Tesla sebagai pengeluar EV nombor satu dunia.

Kemunculan syarikat EV China mengubah landskap automotif walaupun mereka baru sahaja memasuki pasaran berbanding gergasi seperti Tesla, Honda, Hyundai Kia dan Ford. Walaupun permintaan untuk EV berkurangan di China, kereta yang dihasilkan telah dieksport dengan jayanya ke pasaran luar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd