Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan semalam, Universal Music Group (UMG) tidak meneruskan pelesenan pustaka lagu artis naungan mereka daripada digunakan di TikTok dan TikTok Music. Pelesenan kandungan adalah sehingga 31 Januari 2024 sahaja yang menimbulkan persoalan apakah yang berlaku kepada video-video yang menggunakan muzik milik UMG?

Jawapannya ialah hari ini video-video TikTok dengan muzik artis UMG telah mula dibisukan. Pemilik video diberikan pilihan untuk menggantikan muzik latar dengan muzik yang lain. Tetapi ini adalah proses yang leceh kerana kerap kali lagu baharu yang dipilih tidak sama dengan muzik lama lebih-lebih lagi untuk video trend tarian misalnya.

Antara artis terkemuka di bawah UMG ialah Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, P Ramlee, Ella, Dewa 19, Taylor Swift, The Weeknd, SZA, Drake, Billie Eilish, Ariana Grande, Justin Bieber, Adele, dan Coldplay.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd