Carian
Markah Penanda Aras Cip Snapdragon 8 Gen 4 Dan MediaTek Dimensity 9400 Tertiris
February 2, 2024 Amy Maizuraa

Dua cip pemprosesan generasi baharu iaitu Snapdragon 8 Gen 4 dan Dimensity 9400 dipercayai telah tertiris lebih awal. Penyenaraian dikongsi memperlihatkan skor keseluruhan ujian penanda aras penanda aras AnTuTu dan Geekbench untuk kedua dua cip pemprosesan.

Melaluinya cip MediaTek Dimensity 9400 mencatatkan skor 344,9366 pada ujian penanda aras AnTuTu. Nilai tersebut dilihat lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 4 yang mencatatkan sebanyak 313,3570 melalui ujian penanda aras yang sama. Hal yang sama juga berlaku sebelum ini bagi Dimensity 9300 dan Snapdragon 8 Gen 3.

Turut dikongsi ialah skor Geekbench 6 Dimensity 9400 yang mencatatkan 2,776 markah dalam ujian satu teras, sementara itu dalam ujian multi teras pula ia mencatatkan 11739 markah. Dalam ujian ini kelebihan masih dilihat pada cip Snapdragon 8 Gen 4 dengan 2845/10628 namun ujian multi teras Dimensity 9400 menunjukkan markah lebih tinggi.

Dalam perkongsian berbeza cip Snapdragon 8 Gen 4 dipercayai boleh berfungsi pada kelajuan 4HGz untuk teras utama, dan jika benar berpotensi menawarkan peningkatan lebih baik berbanding generasi sebelum. Masih belum ada kenyataaan rasmi berhubung dakwaan ini, justeru dirasakan lebih baik kita menganggapnya masih di peringkat ura-ura.

Komen