Cari @ Amanz

Perbincangan untuk Grab membeli operasi perniagaan FoodPanda di rantau Asia Tenggara kini dilaporkan tidak diteruskan. Menurut Business Times, kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan harga akhir, sekaligus membuatkan perbincangan berkenaan tidak diteruskan.

Ekonomi Gig Foodpanda

Ia dikatakan harga jualan FoodPanda terlalu tinggi, dan Grab kini dalam sasaran untuk mencapai keuntungan. Ini sekaligus membuatkan perbincangan kedua-dua pihak tidak diteruskan.

Namun, menyentuh mengenainya, Delivery Hero, syarikat induk FoodPanda menyatakan perbincangan untuk menjual perniagaan FoodPanda masih dalam proses – tanpa menyentuh mengatakan siapakah antara pihak berpotensi dalam membelinya.

Sebelum ini, mengikut kajian bebas yang dijalankan, ia didapati Grab mempunyai pegangan pasaran sekitar 65% di Malaysia, jauh mendahului FoodPanda yang mempunyai pegangan sekitar 30%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd