Cari @ Amanz

Bangunan Merdeka 118 baru sahaja dinobatkan sebagai bangunan kedua tertinggi dunia pada pertengahan bulan lalu. Tetapi status mereka ini akan dicabar oleh Burj Azizi yang dijangka siap pada tahun 2028 di Dubai. Pembinaan Burj Azizi telah bermula beberapa minggu lalu dengan sasaran akan memintas ketinggian 678.9 meter Merdeka 118.

Projek pembinaan ini akan menelan belanja $1.5 bilion apabila siap kelak. Ia akan menempatkan tempat kediaman, pejabat, pusat membeli belah, dan hotel 7 bintang. Ketinggian akhir Burj Azizi dirahsiakan pada ketika ini bagi mengelakkan ia dipintas sebelum ia siap dibina.

Dubai sudahpun menjadi lokasi bangunan tertinggi Burj Khalifa tetapi nampaknya ia ingin membolot status sebagai bandaraya dengan jumlah bangunan tertinggi paling banyak di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd