Cari @ Amanz

Sebelum ini kami laporkan Microsoft akan mula menawarkan permainan video eksklusif mereka ke konsol Sony dan Nintendo. Tetapi Microsoft segera menafikannya dan mendakwa ia sekadar ura-ura. Hujung minggu ini laman XboxEra berkata sumber dalaman mengatakan Starfied, Hi-Fi Rush dan Indiana Jones and the Great Circle  akan mula ditawarkan ke konsol PlayStation 5 dan Nintendo.

Dalam kes Starfield, ia akan ke PlayStation 5 serentak dengan DLC Shattered Space yang akan hanya ditawarkan pada PC dan Xbox terlebih dahulu. Sementara itu Indiana Jones and the Great Circle  yang juga dibangunkan oleh Bathesda sedang dipertimbangkan untuk PlayStation 5 beberapa bulan selepas ia dilancarkan di Xbox.

Dalam kes Hi-Fi Rush pula, data dalam permainan menunjukkan sudah ada persediaan untuk menawarkannya ke PlayStation 5 dan Switch. Sekali lagi permainan ini diterbitkan oleh Bathesda. Perang konsol pada waktu ini dimenangi oleh PlayStation 5. Strategi Microsoft menawarkan permainan mereka pada konsol lain sekiranya benar hanya menguntungkan peminat permainan video.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd