Carian
Vivo V30 Dilancarkan Dengan Snapdragon 7 Gen 3 Dan Tri-Kamera 50MP
February 5, 2024 Effi Saharudin

Vivo V30 akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan ia dilengkapi cip kelas pertengahan Snapdragon 7 Gen 3 dan tri-kamera 50MP. Peranti turut hadir dengan skrin  6.78” AMOLED FHD+ yang menyokong kadar sedar semula 120Hz. Pilihan memori ialah sehingga 12GB RAM dan storan pula sehingga 512GB.

Dari segi rekaan ia amat mirip dengan Vivo S18 tetapi dengan sistem kamera yang dipertingkatkan. Di belakang dwi kamera terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP OmniVision OV50E dan 50MP ultra sudut lebar. Kamera swafoto juga sebesar 50MP yang hadir dengan sistem autofokus. Spesifikasi bateri pula ialah 5000 mAh dengan pengecasan berwayar 80W.

Sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14 digunakan. Tubuh peranti turut melepasi piawaian IP54. Satu lagi yang menarik pada V30 ialah sistem lampu Aura Light di bahagian belakang berbentuk kotak. Ia boleh menjadi sumber cahaya yang terang untuk mengambil gambar dan juga video.

Vivo V30 telahpun melepasi laman SIRIM beberapa minggu lalu dan pasti akan memasuki pasaran Malaysia. Harga jualan sahaja yang masih kekal misteri tetapi mungkin setanding dengan Vivo V27 yang dilancarkan tahun lalu.

Komen