Nokia dan Vivo menandatangani perjanjian pelesenan paten 5G pada hari ini. Dalam kenyataan rasmi berkata perjanjian itu meliputi ciptaan asas Nokia dalam teknologi selular. Selain juga Nokia akan menerima bayaran daripada Vivo untuk tempoh beberapa tahun, beserta dengan pembayaran yang diperlukan untuk menampung tempoh pertikaian.
Tindakan itu sekaligus menyelesaikan pertikaian yang wujud antara kedua-dua pihak dalam bidang kuasa mengenai pembayaran paten. Namun begitu, terma dan syarat yang terkandung dalam perjanjian kekal rahsia di antara kedua-dua pihak sahaja. Ia juga merupakan perjanjian telefon pintar utama keenam yang telah dimeterai dalam tempoh 13 bulan.
Sehingga kini, Nokia memegang lebih 20,000 paten dengan lebih 6,000 daripadanya berkaitan dengan teknologi 5G. Untuk rekod Oppo juga melakukan hal yang sama pada penghujung Januari lalu.